OMG!! Mak xsuke oke!!
Nak membela nasib ibu tunggal...Niat tu dh bagus..tapi cara tu xcantik gak....
TAK berapa setuju ar n MEMANG xsetuju sebenarnya pun berkenaan tajuk n cadangan yg terpampang di dada akhbar METRO <-- pagi ni. Bukan kah berpoligami tu ada syarat-syarat nya gak... yang lagi xsetuju nya bile siap nk bgi insentif lagi bagi lelaki yg nk berpoligami tu. Macam nk galakkan lak..sdgkan kt Malaysia ni Mahkamah Syariah tu xmenang tgn nk selesaikan kes cerai berai..ni mcm nk menambah kn kes je lagi ni... Mmg ar ade org ckp bgus sgt tu..tp yg setuju nye tu org lelaki je ar..cbe g interbiu bini2 org kt luar sane tu..cnfrm ade yg singsing lengan baju!! Ble siap bagi insentif, lagi ramai ar yg nk khwin, yg x teringin pun leh tetibe teringin nk tmbah cawangan gak, cnfrm ar ramai lelaki yang xberkemampuan pun nk khwin gak...sedangkn khwin pun nk ambil insentif berupa wit..cmne nk tnggung keluarga yg bakal besar ni..bile khwin baru,cnfrm zuriat akan tambah, campur anak dari bini 1st lagi..cmpur anak tiri lagi..campur anak yg bakal di lahirkan lagi...ha....time ni dh xleh nk tolak n bahagi lagi oke!! Tanggung sendiri, xdpt tnggung,sendiri jwb oke!! Nk lebih terang..baca ni!!
Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud; "Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."
Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.
Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;
i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.
iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.
iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.
v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.
Kalau sume dh cukup kt bini tu..ape lagi yang korang kecoh2 sgt nk tambah hah!
Zaman sekarang ni,klu org lelaki nk gatai nk khwin ni,die bkn pikir ape pun..klu bini xbagi,cerai bini tu...sah2 x ikut syarat..bace ni gak!
Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.
Hai la org kite..bab2 ni sume nk ikut Sunnah..tp syarat tu belum tentu sumenye cukup.. dri berpoligami dgn anak dara or janda muda meletup...bek g amik anak yatim pastu jaga... lagi besar Pahala.. Pahala dpt,xde dpt dosa bile sakitkan ati isteri or tidak berlaku adil. Ati bini 1st sape yg tau..klu die sendiri yang izinkn or galakkan sb xmampu menjalankan tanggungjawab isteri dan tidak dpt memberi keturunan.. xpe ar klu nk khwin..tp ni anak dh 10, bini solid molid lagi,pandai masak,berkerjaya..gatai gak lagi nk cari len..xpaham betul ar...xpyh sibuk2 nk jage jnda org tu, jge la anak bini tu dlu..janda tu mude lagi,pandai la die jage diri sendiri...aku tgk nenek2 yg dh jnda tu mampu jer jage diri sendiri,siap mampu jage cucu lagi.. Ni zaman sekarang, berapa kerat sgt la bini yg duk guma..? sume berkerja tolong laki cari wit sb klu laki je keje cnfrm xcukup pny..klu yg duk guma pun,cnfrm ar jage anak org la,jhit baju la or wat kuih la...ni org lelaki, ade ati lagi ea nk tanggung org len..amboi3....xsuke oke!!
No comments:
Post a Comment